Terima Tawaran Program Diploma Latihan Industri Bergaji Penuh

Program Diploma Latihan Industri Bergaji Penuh

Program PERTAMA yang menawarkan pelajar melakukan Latihan Industri (Praktikal) dengan bayaran GAJI PENUH.

1. Daftar

Terima tawaran program diploma  ini dan pilihan program yang diminati seterusnya mendaftarkan diri anda memasuki pengajian.

2. belajar sambil bekerja

Program Diploma Latihan Industri Bergaji Penuh ini hanya 2 tahun 6 bulan dilengkapi dengan silibus Pengajian terkini mengikut kehendak industri. Pembelajaran teori hanyalah selama 1 tahun 6bulan.

3. Latihan industri Bergaji Penuh

Baki 1 tahun program ini, anda akan dihantar melakukan latihan industri dengan bayaran gaji penuh selama 1 tahun dimana anda akan dilatih kemahiran didalam pekerjaan sebenar sambil bekerja.

Kelebihan Di Kolej Antarabangsa Inovatif

Mempunyai jalinan kerjasama dengan pelbagai industri, syarikat-syarikat bagi menjayakan para pelajar diantar ke LATIHAN INDUSTRI. 100% Diploma di Innovative diakreditasi MQA. Selain itu, tempoh pembelajaran teori hanyalah selama 1 tahun 6 bulan manakala 1 tahun dihantar ke latihan industri.

Diploma Yang Mempunyai Latihan Industri Bergaji Penuh (Work Based Learning)

  • Diploma Pengurusan Perhotelan (Work Based Learning)
    MQA: FA 1843 KPT: R/811/4/0113
  • Diploma Pengurusan Peruncitan (Work Based Learning)
    MQA: PA 14683 KPT: N/341/4/0082

Kenapa Program Diploma Latihan Industri

Program ini ditubuhkan KHAS buat pelajar yang menginginkan pekerja selepas tamat belajar terutamanya pelajar golongan B40. Dengan program ini mampu memberi laluan mudah kepada pelajar untuk bekerja dimana-mana industri yang diminati.

– TERBUKTI 100% jaminan peluang pekerjaan.

Borang Terima Tawaran

    Sila tekan butang “Hantar” di bawah untuk pemprosesan setuju terima anda

    Senarai program diploma Latihan Industri (Elaun sahaja)

     Penguatkuasaan Undang-undang

    ialah aktiviti anggota kerajaan yang bertindak secara tersusun untuk menguatkuasaan undang-undang dengan mencari, menghalang, memulihkan, atau menghukum.

    PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ, dan SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang utama negara. Sertai program di bawah jika anda meminati bidang ini.

    • Diploma Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-undang

     Pengurusan Penerbangan

    dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Sektor ini sangat kompleks dan terdiri dari syarikat penerbangan, lapangan terbang, pengendalian darat, dan banyak lagi.

    Program ini amat sesuai bagi memulakan karier di dalam sektor ini sama ada di dalam atau luar negara. Bagi tujuan peningkatan kerjaya dan bergelar profesional, pelajar perlu meneruskan pembelajaran dan mendapatkan lesen dan “type rating” daripada CAAM.

    • Diploma in Aviation Management
    • Diploma in Ground Handlingll

    Pentadbiran Perniagaan

    adalah sumber pendapatan utama negara. Sektor ini memberikan peluang pakerjaan kepada majoriti penduduk Malaysia.

    Program dibawah memberikan pendedahan asas kepada keseluruhan fungsi perniagaan iaitu pengurusan, pemasaran, operasi, kewangan, sumber manusia, dan keusahawanan. Ini menjadikan graduan program ini serba boleh dan layak memohon pelbagai jawatan.
    • Diploma Pentadbiran Perniagaan

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Perkembangan awal kanak-kanak menentukan masa depannya. Menyedari hal ini, kerajaan malaysia telah menetapkan bahawa pekerja di pusat pendidikan awal kanak-kanak perlu memiliki kelulusan khas seperti diploma ini.

    Oleh itu, tidak hairanlah jika graduan diploma ini tidak dapat menampung permintaan pasaran kerja yang tinggi. Diploma ini amat sesuai bagi mereka yang meminati pendidikan dan gemar melayan kerenah anak-anak kecil.

    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

     Seni Kulinari

    Perkhidmatan makanan adalah industri yang sangat lumayan. Kesibukan gaya hidup moden menyebabkan permintaan kepada perkhidmatan restoran dan katering bertambah setiap tahun.

    Prospek kerjaya di dalam industri ini amat cerah. Tambahan pula, Malaysia dikategorikan sebagai di antara negara terbaik dari segi kepelbagaian kulinari. Oleh itu, graduan dalam bidang memiliki keboleh-pasaran yang tinggi.

    • Diploma Seni Kulinari

    Teknologi Maklumat

    Adalah sektor yang amat luas meliputi pembuatan “Hardware”, membangunan aplikasi, penyelenggaraan, integrasi sistem, pengurusan rangkaian, dan banyak lagi

    Industri ini sesuai bagi pelajar yang meminati kerjaya seperi pembangun perisian, menyelenggaraan komputer, pentadbir sistem, dan banyak lagi.

    • Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    Lokasi: Kelana Jaya
    Alamat: Kelana Square, Unit GL35, Main lobby block c Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor
    Operasi: 9:00 pagi – 6:00 ptg
    Hubungi: 03-2726 2436

    Copyright © Kolej Antarabangsa Inovatif Sdn Bhd. All rights reserved.