Terima Tawaran Diploma Pengurusan Haji & Umrah

Diploma pengurusan haji dan umrah

MQA: FA 11377  KPT: N/345/4/1105
Program PERTAMA yang menawarkan pelajar melakukan praktikal menunaikan umrah serta menguruskan jemaah di mekah.

1. Daftar

Terima tawaran program diploma  ini seterusnya mendaftarkan diri anda ke program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah.

2. belajar pengurusan haji & umrah

Program Diploma ini hanya 2 tahun 6 bulan dilengkapi dengan silibus pengurusan jemaah haji atau umrah. Pembelajaran teori hanyalah selama 2 tahun.

3. Latihan industri di mekah

Baki 6 bulan program ini, pelajar akan dihantar melakukan latihan industri ke mekah selama 6 bulan untuk menguruskan jemaah serta pelajar menunaikan umrah.

Kelebihan Bidang Pengurusan Haji dan Umrah

Pengurusan haji dan umrah merupakan antara industri utama negara dan menjadikan antara industri yang memerlukan ramai perkhidmatan atau pekerja untuk membantu jemaah untuk menunaikan haji & umrah.

Kelebihan Program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Program diploma ini mempunyai pengiiktirafan oleh MQA. Mempunyai laluan kerjaya serta jaminan pekerjaan selepas tamat belajar dan latihan industri di Mekah. Selain itu, tempoh pembelajaran teori hanyalah selama 2 tahun manakala 6 bulan menunaikan umrah (Latihan insdustri)

Peluang Kerjaya Sebagai

  • Mutawwif
  • Membuka perkhidmatan haji dan umrah
  • Penolong pengurus haji dan umrah
  • Penolong pegawai haji dan umrah
  • Penolong pegawai hal ehwal islam
  • Penolong pegawai operasi
  • Penolong pegawai tadbir

Borang Terima Tawaran

    Sila tekan butang “Hantar” di bawah untuk pemprosesan setuju terima anda

    Senarai program diploma yang lain

     Penguatkuasaan Undang-undang

    ialah aktiviti anggota kerajaan yang bertindak secara tersusun untuk menguatkuasaan undang-undang dengan mencari, menghalang, memulihkan, atau menghukum.

    PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ, dan SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang utama negara. Sertai program di bawah jika anda meminati bidang ini.

    • Diploma Pentadbiran Penguatkuasaan Undang-undang

     Pengurusan Penerbangan

    dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Sektor ini sangat kompleks dan terdiri dari syarikat penerbangan, lapangan terbang, pengendalian darat, dan banyak lagi.

    Program ini amat sesuai bagi memulakan karier di dalam sektor ini sama ada di dalam atau luar negara. Bagi tujuan peningkatan kerjaya dan bergelar profesional, pelajar perlu meneruskan pembelajaran dan mendapatkan lesen dan “type rating” daripada CAAM.

    • Diploma in Aviation Management
    • Diploma in Ground Handlingll

    Pentadbiran Perniagaan

    adalah sumber pendapatan utama negara. Sektor ini memberikan peluang pakerjaan kepada majoriti penduduk Malaysia.

    Program dibawah memberikan pendedahan asas kepada keseluruhan fungsi perniagaan iaitu pengurusan, pemasaran, operasi, kewangan, sumber manusia, dan keusahawanan. Ini menjadikan graduan program ini serba boleh dan layak memohon pelbagai jawatan.
    • Diploma Pentadbiran Perniagaan

    Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Perkembangan awal kanak-kanak menentukan masa depannya. Menyedari hal ini, kerajaan malaysia telah menetapkan bahawa pekerja di pusat pendidikan awal kanak-kanak perlu memiliki kelulusan khas seperti diploma ini.

    Oleh itu, tidak hairanlah jika graduan diploma ini tidak dapat menampung permintaan pasaran kerja yang tinggi. Diploma ini amat sesuai bagi mereka yang meminati pendidikan dan gemar melayan kerenah anak-anak kecil.

    • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

     Seni Kulinari

    Perkhidmatan makanan adalah industri yang sangat lumayan. Kesibukan gaya hidup moden menyebabkan permintaan kepada perkhidmatan restoran dan katering bertambah setiap tahun.

    Prospek kerjaya di dalam industri ini amat cerah. Tambahan pula, Malaysia dikategorikan sebagai di antara negara terbaik dari segi kepelbagaian kulinari. Oleh itu, graduan dalam bidang memiliki keboleh-pasaran yang tinggi.

    • Diploma Seni Kulinari

    Teknologi Maklumat

    Adalah sektor yang amat luas meliputi pembuatan “Hardware”, membangunan aplikasi, penyelenggaraan, integrasi sistem, pengurusan rangkaian, dan banyak lagi

    Industri ini sesuai bagi pelajar yang meminati kerjaya seperi pembangun perisian, menyelenggaraan komputer, pentadbir sistem, dan banyak lagi.

    • Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi
    Lokasi: Kelana Jaya
    Alamat: Kelana Square, Unit GL35, Main lobby block c Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor
    Operasi: 9:00 pagi – 6:00 ptg
    Hubungi: 03-2726 2436

    Copyright © Kolej Antarabangsa Inovatif Sdn Bhd. All rights reserved.